Wednesday, 20 April 2016

MY LITTLE BOBOI



Assalamualaikum انت sekalian. Ketemu lagi kita hari ini. Kali ini, انا ingin berkongsi tentang minat. انت sekalian pasti ada minat tersendiri, betol? Share laa sikit. Sharing is caring. Caring is ....... Haha. انا minat terhadap haiwan. Pets lover? Not really.

Bayi seusia 1 bulan yang hidup terkontang-kanting tanpa arah tuju serta tiada bimbingan orang tua, pasti sedih kisah kehidupannya bukan? Begitu juga dengan haiwan. Walaupun mereka tiada akal, namun perasaan marah apabila dihalang kehendaknya, perasaan gembira apabila dimanjai, serta sedih ketika ditinggalkan turut menguasai diri. Tambahan, mereka ini hanya dikuasai oleh nafu.

Boboi, seekor monyet yang berusia 1 bulan, kematian ibunya dan hanya menumpang kasih serta belas kasihan daripada manusia untuk menjalani kehidupannya mempunyai keunikannya yang tersendiri. Boboi telah kehilangan ibunya pada tanggal 18 Disember 2015.

Bunyi yang bising telah menarik perhatian ayah untuk mencari punca bunyi tersebut. Kelihatan seekor anak monyet yang sedang bertenggek diatas genting sedang ketakutan meminta pertolongan. Ayah datang menghampirinya lantas memeganggangnya. Lagatnya seperti bayi yang manja dan ingin dibelai. Ayah membawanya balik rumah. Bau yang busuk serta rupa yang comot telah meraih simpati انا. Setelah dipujuk, Boboi akan انا jaga dengan sebaik mungkin.

Gelagatnya yang nakal, telah menceriakan suasana rumah yang sunyi. Namun, kepantasannya untuk mencuri makanan telah menimbulkan kemarahan ibu. Kebijaksanaannya pula sering mencuit hati seisi keluarga. انا sangat bersyukur kerana kehadirannya sedikit sebanyak telah membuka mata masyarakat tentang kepentingannya dalam kehidupan manusia.

Malangnya, satu musibah telah menimpa Boboi. Ingin ketahui kisah seterusnya? Nantikan entri انا yang seterusnya. مع السلامة.

Kalaulah ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalaulah ada umur yang panjang,
Insya Allah kita jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment