Wednesday, 20 April 2016

MUSIBAH



Assalamualaikum انت sekalian. Seperti yang telah dijanjikan, entri untuk kali ini انا akan berkongsi tentang musibah yang menimpa Boboi pada minggu lepas. انا yakin, pasti ada hikmah disebalik segala kesulitan yang dihadapi. 

Pada hujung minggu yang lalu, انا sekeluarga menghadiri satu undangan majlis perkahwinan. Biasanya, Boboi memang انا lepaskan dalam rumah. Malamg memang tidak berbau. Setibanya kami di rumah, Boboi menerpa انا dengan keadaan tempang. Mozek pula dipenuhi dengan darah. Memandangkan hari telah lewat petang, Boboi diberi rawatan oleh doktor yang tidak diiktiraf iaitu ibu انا. 




Jari tengahnya terputus manakala lengannya pula tersiat sehingga kelihatan tulang. Perasaan hiba serta bersalah membuatkan انا bertekad untuk memberi rawatan yang secukupnya. Keesokan harinya, انا dan ibu bergegas ke klinik veterinar di Segamat untuk mendapatkan rawatan susulan. Keadaan Boboi yang lemah telah meraih simpati daripada orang sekeliling. 

Alhamdulillah, kini Boboi semakin pulih. Malah, kenakalannya kini telah menceriakan semula rumah kami yang sunyi. Kini, Boboi akan ditinggalkan dalam sangkar barunya ketika kami sekeluarga keluar rumah. Maka, keselamatannya lebih terjamin.Sekian.

No comments:

Post a Comment